“Serah pada polis” – Youtuber Tampil Beri Penjelasan Selepas Tular Video Diserang 2 Lelaki

14 Jul 2026 • 12:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 2026 07 14T115937.055

YouTuber dan pengkritik bola sepak tempatan, Azizurrahman Zakaria, tampil mendedahkan situasi sebenar berhubung insiden dirinya diserang dua lelaki tidak dikenali di sebuah stesen minyak di Bandar Sri Damansara, Sabtu lalu.

Mengulas kejadian cemas itu, Azizurrahman atau lebih dikenali sebagai Joe Zakaria menjelaskan bahawa serangan tersebut berlaku secara tiba-tiba ketika dia sedang mengisi angin tayar kenderaannya.

Artikel berkaitan: Gaji Haaland Sama Dengan Atlet Bola Sepak Wanita? Ini Sisi Luar Biasa Bola Sepak Norway

Artikel berkaitan: Tiba-tiba Diserang 2 Individu Tak Dikenali, YouTuber & Pengkritik Bola Sepak Tempatan Parah Dip*kul

— Joe Zakaria (@thejoezakaria) July 12, 2026

“Saya sedang mengisi angin kereta apabila tiba-tiba datang dua lelaki yang menendang kepala dan memukul saya tanpa henti. Seorang lelaki kemudian datang cuba membantu,” katanya.

Dituduh Mencuri Sebelum Penyerang Melarikan Diri

Lebih mengejutkan, salah seorang daripada suspek sempat merakam video dan melemparkan tuduhan tidak berasas terhadapnya sebelum beredar dari lokasi kejadian.

“Dia cakap ‘ini orang curi, ini orang curi’ dan saya tanya balik ‘curi apa?’, tetapi mereka terus beredar,” jelasnya lagi.

Mengenai spekulasi sama ada insiden berkenaan mempunyai kaitan dengan ulasan dan kritikan bola sepak yang sering dikongsikannya di media sosial, Azizurrahman menegaskan dia tidak mempunyai sebarang syak wasangka terhadap mana-mana individu.

“Saya tidak mempunyai sebarang permusuhan dengan sesiapa, tidak berhutang dengan ‘along’, tidak mengganggu isteri orang atau mempunyai masalah samseng jalan raya.

Laporan polis sudah dibuat, jadi saya serahkan kepercayaan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan,” katanya.

Alami Keretakan Tulang Rongga Mata

Memperincikan keadaan kesihatannya terkini, Azizurrahman memaklumkan fizikalnya semakin membaik walaupun masih berdepan kesukaran untuk bertutur akibat kecederaan di bahagian muka.

“Saya mengalami keretakan pada tulang rongga mata serta luka di kaki dan tangan. Alhamdulillah, keadaan semakin pulih,” tambahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 7.56 malam, Sabtu lalu.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah, dan polis masih giat menjalankan usaha mengesan kedua-dua suspek.

Untuk rekod, Azizurrahman mengendalikan saluran YouTube Joe Zakaria (YTSK) yang memfokuskan kandungan berkaitan jersi, kasut bola, serta ulasan bola sepak tempatan dengan subscribers melebihi 10,900 orang.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved