Seremban Engineering raih kontrak RM65.5 juta bagi projek pusat data di Negeri Sembilan

LocalBusiness & Finance
18 Nov 2026 • 5:33 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Seremban Engineering raih kontrak RM65.5 juta bagi projek pusat data di Negeri Sembilan Image from: Seremban Engineering raih kontrak RM65.5 juta bagi projek pusat data di Negeri Sembilan hamden18/11/2026 - 17:33 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 18 Nov - Seremban Engineering Berhad (SEB) memperoleh kontrak bernilai anggaran RM65.5 juta daripada pemegang saham utamanya, MIE Industrial Sdn. Bhd., bagi melaksanakan kerja-kerja saliran dan tangki air untuk projek pusat data di Negeri Sembilan.

 

SEB dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, syarikat menerima surat pemberian kontrak bertarikh 18 November 2026 untuk bertindak sebagai subkontraktor bagi Pakej 1 Saliran dan Tangki Air.

 

Skop kerja merangkumi pelaksanaan serta penyempurnaan kerja-kerja saliran dan tangki air mengikut terma dan syarat yang ditetapkan dalam Pesanan Belian serta dokumen kontrak berkaitan.

 

Kontrak itu mempunyai anggaran nilai sementara sebanyak RM65.50 juta, tertakluk kepada kuantiti sebenar kerja yang dilaksanakan, pengukuran dan penilaian berdasarkan terma serta syarat kontrak.

 

Tempoh pelaksanaan dijadualkan selama lima setengah bulan, bermula 20 November 2026 dan dijangka siap pada 30 April 2027, atau dalam tempoh lanjutan yang diberikan.

 

SEB berkata, kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2027, serta sehingga kerja-kerja kontrak disempurnakan, melainkan berlaku keadaan tidak dijangka.

 

Kontrak berkenaan tidak memberi kesan kepada jumlah modal saham terbitan syarikat dan akan dibiayai menerusi dana yang dijana secara dalaman serta pembiayaan projek mengikut keperluan.

 

Dalam pada itu, SEB memaklumkan nilai keseluruhan kerja kontrak yang diberikan oleh MIE Industrial, termasuk kontrak terbaharu itu, mencecah sehingga RM197.81 juta setakat tarikh pengumuman.

 

Pemberian kontrak berkenaan merupakan sebahagian daripada sinergi kumpulan dan pelaksanaan mandat pemegang saham bagi urus niaga pihak berkaitan berulang yang bersifat hasil atau perdagangan (RRPT).

 

Mandat RRPT itu diperoleh menerusi mesyuarat agung tahunan pada 10 Disember 2025 dan tertakluk kepada pembaharuan dalam mesyuarat agung tahunan akan datang.

 

SEB turut memaklumkan bahawa risiko utama kontrak berkenaan melibatkan risiko operasi dan pelaksanaan biasa, yang akan ditangani oleh kumpulan menerusi langkah sewajarnya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved