Sesak teruk di Karak, trafik ‘tersangkut’ dari Genting Sempah

30 Jul 2026 • 7:28 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sesak teruk di Karak, trafik ‘tersangkut’ dari Genting Sempah

PETALING JAYA – Pengguna Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) berdepan kesesakan luar biasa apabila aliran trafik menghala ke Pantai Timur dilaporkan bergerak perlahan dari Genting Sempah ke Bukit Tinggi petang tadi.

Menerusi satu hantaran di Threads, pengguna @Ainzulaikaidrus memaklumkan keadaan trafik di laluan berkenaan sesak dengan deretan kenderaan memenuhi kedua-dua lorong.

“Aliran trafik dari Genting Sempah menghala ke Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak ketika ini sangat sesak dan kenderaan bergerak perlahan,” katanya.

Sementara itu, Lembaga Lebuh Raya (LLM) memaklumkan setakat pukul 5.33 petang, kesesakan di lokasi tersebut berpunca daripada kerja-kerja penyelenggaraan di Kilometer 41.2 hingga Kilometer 42.2 arah timur yang menyebabkan lorong kiri ditutup sementara.

LLM turut menasihatkan pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan lebih awal, mematuhi arahan di lokasi serta sentiasa mengamalkan pemanduan berhemah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. – KOSMO! ONLINE

The post Sesak teruk di Karak, trafik ‘tersangkut’ dari Genting Sempah appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved