Setel milik Petronas didenda RM637,500 oleh Bank Negara Malaysia

LocalBusiness & Finance
26 Aug 2026 • 7:46 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Setel milik Petronas didenda RM637,500 oleh Bank Negara Malaysia Image from: Setel milik Petronas didenda RM637,500 oleh Bank Negara Malaysia johardy26/08/2026 - 19:46 Oleh JOHARDY IBRAHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengenakan penalti kewangan pentadbiran sebanyak RM637,500 ke atas anak syarikat Petronas, Setel Ventures Sdn Bhd, kerana gagal mematuhi keperluan berkaitan sekatan kewangan tersasar.

 

​BNM menyatakan bahawa penalti tersebut dikenakan pada 15 April 2026 berikutan pelanggaran yang melibatkan kemas kini pangkalan data sekatan Setel serta keperluan saringan pelanggan.

Setel dikehendaki mengemas kini pangkalan data sekatannya tanpa sebarang penangguhan sebaik sahaja Senarai Domestik diterbitkan, dan menjalankan saringan sekatan ke atas keseluruhan pangkalan data pelanggannya berpandukan senarai berkenaan.

 

 

 

 

Syarikat itu juga dikehendaki menentukan sama ada sebarang padanan potensi yang dikenal pasti melalui proses saringan merupakan padanan sebenar.

 

Lindungi Institusi Pelaporan

Menurut BNM, langkah ini amat penting bagi melindungi institusi pelaporan dan sistem kewangan secara keseluruhan daripada disalahgunakan untuk aktiviti pembiayaan keganasan.

 

​Pelanggaran tersebut terbongkar susulan laporan yang dikemukakan oleh Setel sendiri berkaitan beberapa entiti yang dinyatakan.

Bank Negara juga mengambil maklum bahawa Setel telah pun mengambil langkah-langkah pembaikan, termasuk mengemas kini dan memperbaiki kepincangan dalam Prosedur Pengendalian Standard (SOP) mereka, serta meningkatkan keupayaan sistem dalaman bagi memperkukuh kepatuhan terhadap keperluan sekatan kewangan tersasar. 


 

stanchart

 


Standard Chartered Bank turut didenda

BNM turut mengumumkan penalti berasingan masing-masing sebanyak RM132,000 terhadap Standard Chartered Bank Malaysia Bhd dan cabang perbankan Islamnya, Standard Chartered Saadiq Bhd, atas pelanggaran yang serupa.

 

Kedua-dua penalti itu dibayar pada 15 Jun lalu.

 

Pelanggaran tersebut dikesan susulan pemeriksaan penyeliaan di premis bank berkenaan. Bagaimanapun, BNM berkata tiada individu atau entiti yang tersenarai dalam senarai domestik diterima sebagai pelanggan dan tiada transaksi melibatkan mereka dipermudah.

 

 

 

 

 

BNM menegaskan semua institusi pelapor dikehendaki mengekalkan tahap komitmen yang tinggi bagi memastikan pematuhan terhadap keperluan berkenaan.

 

Bank pusat itu turut menegaskan bahawa ia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang gagal memenuhi keperluan tersebut. - DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved