“Setelah Lima Tahun” – Shuib Kongsi Momen Video Call Dengan Rahim Sepahtu, Netizen Harap Sepahtu Reunion Kembali

EntertainmentLifestyle
8 May 2026 • 2:19 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelawak dan usahawan, Shuib mencuri perhatian ramai selepas berkongsi momen dirinya berhubung semula dengan sahabat lama yang juga pelawak serta penyampai radio, Rahim Sepahtu.

Menerusi perkongsian tersebut, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad dilihat sedang melakukan panggilan video bersama Rahim ketika memandu dalam suasana santai.

Advertisement
View this post on Instagram

“Setelah lima tahun,” tulisnya ringkas.

Perkongsian itu kemudian mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa syukur melihat hubungan persahabatan mereka kembali jernih selepas sekian lama.

“Alhamdulillah terbaik Ib (Shuib).”

“Lepas ni Jep pula.”

“Semoga berbaik semula, kami nak tengok Sepahtu Reunion,” komen netizen.

Sebelum ini, hubungan persahabatan Shuib dan Rahim dikatakan renggang. Malah, Rahim pernah mendakwa nombor telefonnya telah disekat oleh Shuib.

Bagaimanapun, penyampai radio Sinar itu memilih untuk tidak mendedahkan punca perselisihan faham mereka kerana beranggapan perkara tersebut tidak wajar dijadikan perhatian umum.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

adira2026-05-08 12:05:06

"Adira, Maafkan Keterlanjuran Saya.." - Datuk Red

The post “Setelah Lima Tahun” – Shuib Kongsi Momen Video Call Dengan Rahim Sepahtu, Netizen Harap Sepahtu Reunion Kembali first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article