Setia Temani Tun M Di Saat Sukar, 3 Doktor Curi Perhatian Ramai

LocalHealth & Fitness
29 Sep 2026 • 1:49 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Setia Temani Tun M Di Saat Sukar, 3 Doktor Curi Perhatian Ramai

KUALA LUMPUR - Kelibat tiga doktor yang setia menemani bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sewaktu istiadat pengebumian Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali semalam meraih perhatian ramai. 

Ketiga-tiga doktor berbangsa Melayu, Cina dan India itu seolah-olah simbolik tiga kaum utama di Malaysia, yang menjadi tunjang pembentukan negara sejak sekian lama.

Public Health Malaysia (PHM), menerusi hantaran di Facebook berkongsi gambar ketiga-tiga mereka bersama Dr Mahathir sambil memaklumkan, semua doktor itu adalah antara petugas perubatan yang memantau keadaan beliau dengan dekat serta memastikan keperluan rawatannya diberi perhatian rapi.

Jelas PHM, mereka melambangkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

“Melayu, India dan Cina. Nampak seperti satu kebetulan yang biasa. Tetapi dalam gambar ini, kebetulan itu terasa sangat besar maknanya.

“Seolah-olah tiga petugas kesihatan ini sedang mewakili seluruh rakyat Malaysia,” katanya menerusi hantaran tersebut. 

Jelas PHM, tiga doktor terbabit antara individu terhampir dengan Dr Mahathir, tatkala seluruh negara mengambil berat keadaan beliau yang sedang berduka selepas kehilangan isteri tercinta. 

“Di saat seluruh Malaysia bimbang melihat keadaan Tun, merekalah antara insan yang berada paling dekat, memantau dan memastikan beliau terus mendapat rawatan terbaik.

“Malah perkara kecil seperti tangan yang sentiasa disanitasi demi menjaga hygiene (kebersihan) dan mengurangkan risiko jangkitan pun menggambarkan betapa telitinya amanah ini dijaga,” katanya. 

PHM menerusi hantaran sama turut melahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan atas keikhlasan tiga petugas kesihatan terbabit, dalam menggalas amanah diberi. 

“Terima kasih, frontliner (petugas barisan hadapan) kita.

“Terima kasih kerana menjaga Tun dengan penuh amanah dan kasih seorang petugas kesihatan. Malaysia hargai kalian,” katanya. - Getaran, 29 September 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved