Share To TikTok Memudahkan Perkongsian Muzik Daripada Apple Music dan Spotify 

TechnologyDigital
8 Nov 2024 • 12:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Mendengar muzik sekarang ialah aktiviti sosial dan perkongsian ke media sosial kerap dilalukan oleh pengguna. TikTok pula ialah media sosial yang dilihat boleh membantu artis menjadi lebih popular seperti MySpace lebih dua dekad lagu. Menyedari industri muzik dan media sosial saling bergantung antara satu sama lain, ciri Share to TikTok telah dilancarkan hari ini.

image is not available

Dengan Share to Tiktok, muzik daripada Apple Music dan Spotify akan lebih mudah dikongsi ke TikTok. Pengguna boleh melakukan pilihan untuk berkongsi muzik, album dan senarai main ke susur masa menerusi Photo Mode atau mod skrin hijau. Mereka juga boleh melalukan perkara yang sama menggunakan ciri penghantaran mesej peribadi (DM) kepada pengguna lain.

Apabila pautan ditekan, muzik akan dimainkan di dalam Apple Music dan Spotify. Dengan ini kemudiannya muzik boleh distrim, disimpan dan menggalakkan pengguna untuk melihat diskografi lain artis secara terus.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved