Sherry Al-Hadad Kongsi Pengalaman Pernah Dibuli Di Sekolah - "Saya Ditendang Jatuh Masuk Longkang"

8 Aug 2024 • 5:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pengacara terkenal, Sherry Al-Hadad mendedahkan bahawa dirinya pernah dibuli ketika di bangku sekolah.

Sherry, 39 tahun itu, memberitahu dirinya pernah ditendang oleh seorang pelajar senior di sekolah tanpa ada sebab, hingga menyebabkannya jatuh masuk ke dalam longkang.

“Ini cerita sebenar ye, masa saya sekolah rendah dulu saya sering kali dibuli sebab kita agak comel masa itu. Kita bukan saja kena buli dengan pelajar senior.

“Pernah satu kali saya jalan kaki nak masuk sekolah tiba-tiba ada budak tu tendang saya tanpa ada sebab dan membuatkan saya terjatuh masuk longkang. Saya terus menangis masa itu”, katanya menerusi temubual 'Pintu Belakang' Gempak untuk TikTok Gimme The Mic Malaysia.


Dedah Sherry, disebabkan dirinya seorang pendiam dan introvert, hal itu membuka ruang kepada pihak lain untuk mengambil kesempatan terhadapnya.


“Waktu itu saya seorang yang sangat introvert dan berjanji dengan diri saya bila dah masuk sekolah menengah, saya tidak membenarkan orang lain untuk membuli diri saya lagi.

“Jadi, bila ada orang yang cuba buli kita, kita lawan mereka dengan cara yang baik. Apa-apa pun kita sendiri yang kawal diri kita. Kau hormat aku dan aku hormat kau. Pada waktu itulah, saya dikenal sebagai gadis hip-hop”, jelasnya.


Untuk info, Sherry Al-Hadad merupakan pengacara untuk program terbaharu, TikTok Gimme The Mic Malaysia bersama Sean Lee.