Nama pelakon Abby Abadi sekali lagi menjadi perhatian selepas dia dilihat membalas kenyataan seorang individu yang dipercayai rakan baik kepada Memey Suhaiza.
Menerusi komen panjang yang ditulis, Abby tampil menjelaskan beberapa perkara termasuk isu nafkah anak-anak, dakwaan mahu mengikut umrah serta cerita mengenai penerbangan business class yang menurutnya tidak benar.
Abby Abadi bidas dakwaan rakan baik Memey Suhaiza
Dalam komen tersebut, Abby mendakwa ada pihak yang cuba mencampuri urusan berhubung isu nafkah makan minum dan tempat tinggal anak-anak yang tertunggak.

Menurut Abby, isu yang dibangkitkan selama ini bukanlah mengenai kebaikan seseorang, sebaliknya tentang keadilan untuk anak-anak yang kini sudah besar.
Abby turut mendakwa sekiranya dia tidak bersuara, perkara itu seolah-olah menunjukkan ada pihak yang berkira dengan anak-anak.
Nafi pernah minta ikut umrah naik business class


Apa yang lebih menarik perhatian, Abby turut menafikan dakwaan kononnya dia mahu mengikut umrah dan meminta untuk menaiki business class.
Tegas Abby, dia tidak pernah meminta perkara tersebut dan mempersoalkan dari mana datangnya cerita berkenaan.
Pssttt! Bila isu keluarga dan nafkah anak-anak dibawa ke media sosial, memang mudah jadi panjang apabila ada pihak lain mula masuk campur. Apa pun, perkara melibatkan kebajikan anak-anak sepatutnya diselesaikan dengan matang dan jelas supaya tidak terus mencetuskan salah faham antara semua pihak.
Kredit: Instagram Abby Abadi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.






