Sidang DUN NS: Ismail Lasim masih usaha dapat perkenan Tuanku Muhriz

LocalPolitics
30 Oct 2026 • 2:08 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sidang DUN NS: Ismail Lasim masih usaha dapat perkenan Tuanku Muhriz

SEREMBAN – Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim masih berusaha mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berhubung tarikh persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan berlangsung bulan depan.

Ismail berkata, setakat ini tiada perubahan terhadap tarikh persidangan yang dirancang sebelum ini.

“Ya, seperti yang saya sebut sebelum ini, itulah tarikhnya. Rujuk peguam, nanti kita tengok macam mana,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas Perasmian Majlis Perpatih Fest Tahun 2026 di Muzium Negeri Sembilan di Seremban hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya perkembangan usaha mendapatkan perkenan Tuanku Muhriz berhubung tarikh persidangan DUN berkenaan.

Sebelum ini, timbul desas-desus beliau akan menghadap Tuanku Muhriz minggu ini, namun Ismail menafikan dakwaan terbabit.

Sementara itu, mengulas kenyataan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun bahawa DUN boleh terbubar sendiri sekitar Februari depan sekiranya persidangan tidak dapat dilaksanakan, Ismail berkata, beliau tidak pasti mengenai perkara itu. – KOSMO! ONLINE

 

The post Sidang DUN NS: Ismail Lasim masih usaha dapat perkenan Tuanku Muhriz appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved