Sidang Khas RCI TH: Zulkifli bidas fitnah jual aset, tegaskan ‘bailout’ RM10b demi selamatkan pendeposit

LocalPolitics
11 Aug 2026 • 11:44 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Sidang Khas RCI TH: Zulkifli bidas fitnah jual aset, tegaskan ‘bailout’ RM10b demi selamatkan pendeposit

KUALA LUMPUR – Kerajaan terpaksa menyuntik dana (bailout) melebihi RM10 bilion bagi menyelamatkan kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) yang terjejas parah akibat penyelewengan, dan bukannya bertindak menjual aset institusi berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan menyanggah keras dakwaan kononnya aset TH dijual kepada pihak bukan Islam atau kaum Cina, sambil menyifatkannya sebagai fitnah jahat yang bertujuan menanam kebencian serta menghasut masyarakat.

"Aset ini adalah hak milik Urusharta Jamaah, syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sesi penerangan menteri mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH serta tindakan pemulihan kewangan institusi itu pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Zulkifli mendedahkan TH pernah berdepan situasi amat kritikal apabila jurang defisit antara aset dan liabilitinya melebar sehingga melebihi RM10 bilion pada suku keempat 2018, dengan tempoh hanya tiga bulan untuk mencari jalan keluar.

“TH ketika itu adalah tidak solven dan perlu diselamatkan. Keadaan tersebut akhirnya memaksa Kerajaan Pakatan Harapan untuk menyelamatkan (bailout) TH dengan pelan penstrukturan semula bagi memulihkan kedudukan kewangannya supaya TH kembali solven serta kekal mampan untuk jangka panjang,” katanya. - 11 Ogos, 2026

The post Sidang Khas RCI TH: Zulkifli bidas fitnah jual aset, tegaskan ‘bailout’ RM10b demi selamatkan pendeposit appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved