
Isu cadangan membenarkan penternakan babi secara moden dan tertutup di Selangor mencetuskan perhatian selepas ia dibangkitkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.
Memetik laporan Sinar Harian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki berkata, cadangan tersebut dikemukakan berdasarkan pandangan sebahagian penduduk di kawasannya dan merupakan sebahagian daripada tanggungjawab beliau sebagai wakil rakyat.
“Ini adalah tanggungjawab saya sebagai ADUN, jadi apa-apa isu berkaitan rakyat, kita bawa ke Sidang Dewan,” katanya.
Siew Ki turut menyatakan beliau bersedia berdepan sebarang tindakan susulan cadangan itu, termasuk jika dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Selangor.
“Saya sudah sampaikan dalam Dewan. Perkara lain bukan tanggungjawab saya dan tak mahu komen lanjut,” ujarnya.
Baca juga:
Syukri Bazli, penderma organ keempat 2026 terima ‘Walk of Honor’ di HSNZ
Photoshoot bunga api pengantin cetus gangguan penduduk
‘Lahir di Malaysia, tapi…’- Lelaki luah rasa kecewa fikir masa depan
Terdahulu, ketika membahaskan titah ucapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, beliau mencadangkan kerajaan negeri mempertimbangkan penerokaan sistem penternakan babi secara moden dan tertutup di Selangor dengan mengambil kira prinsip kesamarataan warganegara di bawah Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimanapun, ADUN Taman Medan, Dr Afif Bahardin telah mengemukakan usul tergempar untuk merujuk Siew Ki ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berhubung isu tersebut.
The post Siew Ki jelaskan cadangan isu penternakan babi moden berdasarkan suara rakyat appeared first on The Reporter.






