Siling wad kanak-kanak, wanita Hospital Jengka terbakar – Polis

10 Sep 2026 • 9:38 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Siling wad kanak-kanak, wanita Hospital Jengka terbakar – Polis

Enam kanak-kanak lelaki, lima kanak-kanak perempuan dan enam wanita yang berada di wad berkenaan berjaya menyelamatkan diri, dan tiada seorang pun mengalami kecederaan

KUANTAN: Sebahagian siling Wad Kanak-Kanak dan Wad Wanita Hospital Jengka terbakar semalam.

Ketua Polis Daerah Maran Superintenden Wong Kim Wai berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira 7 malam.

Beliau berkata kebakaran melibatkan ruang siling kedua-dua wad berkenaan dan berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang dalam tempoh kira-kira 20 minit.

“Enam kanak-kanak lelaki, lima kanak-kanak perempuan dan enam wanita yang berada di wad berkenaan berjaya menyelamatkan diri, dan tiada seorang pun mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Wong berkata hasil maklumat dari JBPM Pahang, kebakaran itu berpunca dari atas siling bangunan wad kanak-kanak dan wad wanita, yang menyebabkan kira-kira 10 peratus pendawaian serta siling mengalami kerosakan.

Beliau berkata punca kebakaran dan anggaran jumlah kerugian masih dalam siasatan JBPM Pahang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved