Sindiket menyamar polis Hong Kong dibongkar oleh polis Dang Wangi

31 Oct 2026 • 9:15 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Sindiket menyamar polis Hong Kong dibongkar oleh polis Dang Wangi

Polis menahan 18 warga Taiwan disyaki terbabit sindiket penipuan dalam talian menyamar sebagai polis Hong Kong dalam serbuan di dua apartmen mewah di KL.

KUALA LUMPUR: Polis menahan 18 warga Taiwan disyaki terbabit sindiket penipuan dalam talian dengan menyamar sebagai polis dari Hong Kong dalam serbuan di dua unit apartmen mewah di ibu negara pada Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Ahmad Azwan Amin Nordin berkata sebanyak 17 lelaki dan seorang wanita berusia 19 hingga 43 tahun ditahan dalam serbuan pada 6.35 petang itu.

“Polis merampas 69 telefon bimbit, lima komputer riba dan dua baju seragam polis Hong Kong.

“Berdasarkan barang kes yang ditemukan, sindiket ini disyaki terbabit dalam aktiviti penipuan dengan menyamar sebagai anggota polis Hong Kong dan menyasarkan mangsa dari negara berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Azwan berkata siasatan awal mendapati sindiket itu menggunakan capaian internet tempatan dan dipercayai telah beroperasi selama kira-kira lima bulan.

“Semua suspek direman selama empat hari hingga 2 Nov ini bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi menerusi talian 03-2600 2222 atau balai polis berhampiran,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved