Syarikat rugi RM486,000, pekerja terperdaya sindiket menyamar majikan

LocalBusiness & Finance
31 Oct 2026 • 3:54 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Syarikat rugi RM486,000, pekerja terperdaya sindiket menyamar majikan

SHAH ALAM, 31 OKT: Sebuah syarikat mengalami kerugian RM486,000 selepas pekerjanya terperdaya dengan sindiket penipuan yang menyamar sebagai majikannya dan mengarahkan pemindahan wang ke akaun pihak ketiga.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Superintendan Azrol Anuar Nor berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang pekerja wanita berusia 35 tahun, semalam.

Menurutnya, kejadian bermula kira-kira jam 10 pagi apabila mangsa menerima pesanan ringkas daripada nombor telefon suspek yang menyamar sebagai majikannya.

Beliau berkata, suspek kemudian mengarahkan wanita berkenaan memindahkan wang syarikat berjumlah RM486,000 ke akaun yang diberikan.

Difahamkan berdasarkan arahan diterima mangsa, pemindahan wang berkenaan kononnya bertujuan membuat pembayaran bagi kontrak baharu.

Bagaimanapun, penipuan itu terbongkar apabila mangsa sekali lagi diminta melakukan transaksi tambahan membabitkan jumlah sama, namun atas alasan berbeza.

"Mangsa menyedari ditipu apabila diminta membuat transaksi tambahan dengan jumlah sama atas alasan berbeza," katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Berita Harian.

Azrol berkata, mangsa kemudian cuba menghubungi majikannya menerusi panggilan WhatsApp bagi mendapatkan pengesahan berhubung arahan berkenaan.

"Mangsa kemudian menghubungi majikannya menerusi panggilan WhatsApp, namun tidak menerima sebarang maklum balas sebelum mendapati nombor telefon majikannya telah digodam," katanya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved