Sir Uzairi selamat timang cahaya mata sulung perempuan

Family & ParentingLifestyle
31 Jul 2026 • 9:55 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

Sir Uzairi selamat timang cahaya mata sulung perempuan

KUALA LUMPUR – Pempengaruh dan tenaga pengajar popular, Sir Uzairi Taib, kini melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan apabila beliau dan isterinya, Aina Adleen, selamat menyambut kelahiran cahaya mata sulung perempuan yang diberi nama Alaia. 

Berita gembira itu dikongsikan pasangan berkenaan menerusi laman instagramnya dan menerima pelbagai ucapan tahniah daripada pelajar, rakan pendidik serta pengikut yang mengikuti perjalanan hidup mereka.

Rata-rata ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah dan doa agar Alaia membesar sebagai anak yang sihat, solehah serta menjadi penyejuk hati kedua-dua ibu bapanya.

Sir Uzairi sebelum ini dikenali sebagai pendidik yang mencetuskan fenomena dalam dunia pembelajaran dalam talian menerusi gaya penyampaian yang kreatif dan mudah difahami, sekali gus menjadikannya antara guru Matematik paling berpengaruh di media sosial Malaysia. 

The post Sir Uzairi selamat timang cahaya mata sulung perempuan appeared first on MYBERITA.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved