Skim Usahawan Bangkit: 5,101 individu terima manfaat bernilai RM14.99 juta - Anwar

LocalPolitics
26 Nov 2026 • 3:20 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Skim Usahawan Bangkit: 5,101 individu terima manfaat bernilai RM14.99 juta - Anwar

KUALA TERENGGANU, 26 NOV: Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan berjumlah RM14.99 juta kepada 5,101 usahawan di seluruh negara menerusi Skim Usahawan Bangkit setakat 23 Nov lepas.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jumlah yang diluluskan itu adalah daripada keseluruhan 12,499 permohonan yang diterima.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata bagi memperluas capaian skim berkenaan, Kerajaan MADANI menerusi Belanjawan 2027 meningkatkan peruntukannya kepada RM200 juta.

"Langkah ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkasa golongan usahawan B40 dan peniaga kecil sebagai sebahagian daripada penggerak utama ekonomi rakyat.

"Selaras dengan falsafah Belanjawan MADANI 2027, kerajaan juga menekankan kepentingan pendigitalan dalam meningkatkan daya saing usahawan tempatan," katanya ketika berucap merasmikan Skim Usahawan Bangkit Negeri Terengganu di sini hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata keunikan produk dan perusahaan tempatan Terengganu seperti songket, batik dan keropok lekor serta sektor berasaskan marin dan pelancongan perlu dimanfaatkan sebagai kekuatan ekonomi negeri yang berpotensi menembusi pasaran lebih luas.

"Menerusi Program SejaTI MADANI@Usahawan B40, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan bernilai RM1.04 juta kepada 380 usahawan dan peniaga kecil di Terengganu bagi meningkatkan kapasiti dan produktiviti perniagaan melalui bantuan peralatan," katanya.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved