'Skodeng’ isteri jiran tengah mandi, lelaki didenda RM5,000

6 Oct 2026 • 3:36 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Skodeng’ isteri jiran tengah mandi, lelaki didenda RM5,000
Tindakan seorang lelaki menghendap isteri jiran mandi mengundang padah apabila didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret. FOTO SINAR HARIAN - ADILA SHARINNI WAHID
Image from: 'Skodeng’ isteri jiran tengah mandi, lelaki didenda RM5,000
Tuan Ahmad Farid (tengah) dibawa ke mahkamah untuk mendengar pertuduhan. FOTO SINAR HARIAN - ADILA SHARINNI WAHID
Image from: 'Skodeng’ isteri jiran tengah mandi, lelaki didenda RM5,000
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengintai wanita berusia 26 tahun itu melalui celahan lantai kayu di bahagian bawah sebuah rumah. FOTO SINAR HARIAN - ADILA SHARINNI WAHID

KUALA KRAI – Tindakan seorang penjual ikan menghendap isteri jiran mandi mengundang padah apabila didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.

Tertuduh, Tuan Ahmad Farid Tuan Mat, 36, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengintai wanita berusia 26 tahun itu melalui celahan lantai kayu di bahagian bawah sebuah rumah di Jalan Halimah Guchil, Kuala Krai pada jam 11.30 pagi, 28 September lalu.

**media[3669368]**

Kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 507A(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, mangsa yang bersiap untuk mandi ternampak kelibat tertuduh berada di bawah lantai bahagian dapur rumahnya sambil mengintai dari arah tersebut.

Mangsa mengenali tertuduh kerana mereka tinggal bersebelahan sebelum memaklumkan kejadian itu kepada suaminya.

Kejadian sama turut berlaku pada 24 September lalu apabila mangsa yang sedang mandi di dalam tandas ternampak tertuduh mengintai melalui celahan ruang udara di dalam bilik air.

Suami mangsa kemudian turut ternampak tertuduh berada di bawah rumah ketika pulang ke kediaman mereka sebelum tertuduh melarikan diri selepas menyedari kehadirannya.

**media[3669375]**

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mazlinda Mohd Noor memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam supaya hukuman dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat agar tidak mengulangi kesalahan sama.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Farazalila Fauzi bagaimanapun merayu supaya mahkamah mengenakan denda minimum.

“Tertuduh pendapatan kira-kira RM50 sehari, hanya berpendidikan sehingga Tingkatan Lima dan masih bujang serta menanggung ibunya berusia 66 tahun yang menghidap kanser,” katanya.

Mahkamah kemudian mengenakan denda itu atau sembilan bulan penjara jika gagal membayar denda berkenaan.

Tertuduh kemudian menjelaskan denda berkenaan.

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved