Skuad Hoki Lelaki Malaysia Tak Mahu Terlalu Fikir Ranking, Fokus Buru Emas

15 Sep 2026 • 10:24 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Bila turun ke Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 nanti, skuad hoki lelaki negara tak mahu terlalu selesa dengan kedudukan di atas kertas. Apa yang lebih penting, setiap perlawanan perlu dianggap seperti aksi wajib menang.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan, Datuk Ahmad Najmi Razak mahu pemain membawa mentaliti juara sejak aksi pertama peringkat kumpulan, bukan hanya memikirkan sasaran emas di penghujung kejohanan.

Ranking tinggi skuad hoki negara bukan jaminan

Malaysia berada di kedudukan kedua terbaik dalam Kumpulan B berdasarkan ranking dunia, tetapi Najmi mengingatkan semua pasukan turut melakukan persiapan masing-masing.

Di Sukan Asia ini, pada saya ranking sudah tidak kira lagi. Apa pun, mereka juga sudah bersiap dengan rapi seperti kita. Itulah yang saya pesankan kepada pemain, kalau kita rasa kita bekerja keras, orang lain pun bekerja keras juga.- Katanya.

Image from: Skuad Hoki Lelaki Malaysia Tak Mahu Terlalu Fikir Ranking, Fokus Buru Emas

Kumpulan B turut dihuni Pakistan yang berada di ranking ke-12 dunia, Malaysia (15), China (20), Oman (25), Uzbekistan (46) dan Thailand (48).

Bagi Najmi, perjalanan memburu emas perlu bermula dengan satu perkara mudah, iaitu belajar memenangi setiap perlawanan.

Kita tidak boleh menang perlawanan saja tanpa memenangi kejohanan. Untuk menang emas, kita perlu menang setiap perlawanan dahulu dan kemudian sasarkan emas.- Katanya.

Pasukan hoki India tetap ancaman utama

Image from: Skuad Hoki Lelaki Malaysia Tak Mahu Terlalu Fikir Ranking, Fokus Buru Emas

India pula dianggap antara pilihan utama untuk muncul juara apabila berada di ranking kelapan dunia dan menjadi pasukan Asia dengan kedudukan tertinggi.

Walaupun rekod pertemuan lebih memihak kepada India, Malaysia pernah membuktikan mereka mampu mencipta kejutan termasuk menewaskan pasukan itu pada separuh akhir Sukan Asia 2018.

Najmi turut melihat perubahan positif dalam skuad kendalian Brendon Carolan sejak jurulatih itu mengambil alih pasukan pada Mac lalu. Harapannya, segala peningkatan itu dapat diterjemahkan kepada prestasi terbaik apabila beraksi di Jepun nanti.

The post Skuad Hoki Lelaki Malaysia Tak Mahu Terlalu Fikir Ranking, Fokus Buru Emas appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved