Skuad Honor of Kings raih pingat perak

GamingSports
28 Sep 2026 • 3:55 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Skuad Honor of Kings raih pingat perak

PETALING JAYA: Skuad Honor of Kings negara menamatkan cabaran Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 dengan pingat perak selepas tewas 0-4 kepada China dalam aksi final di Aichi Sky Expo, sebentar tadi.

Malaysia yang menurunkan Chen Tat Yann, Lim Chee Hong, Chong Han Hui, Ryan Na Jie Rong dan Lee Han Siang berdepan cabaran getir apabila berhadapan China yang dibarisi Huang Yaoqin, Wang Ke, Xu Bicheng, Meng Jiajun dan He Weijia.

China, selaku kuasa utama Honor of Kings, tampil lebih kemas dan tersusun sejak awal permainan untuk mengawal rentak perlawanan, sekali gus menyukarkan Malaysia mencari ruang bagi mengubah momentum.

Selepas menguasai saingan, China akhirnya melengkapkan kemenangan 4-0 untuk merangkul emas, manakala Malaysia terpaksa berpuas hati dengan perak yang bagaimanapun menepati sasaran pasukan sebelum berangkat ke Aichi-Nagoya.-UTUSAN

The post Skuad Honor of Kings raih pingat perak appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved