Skuad memanah Selangor buru tambahan emas Para SUKMA 2026 esok

9 Sep 2026 • 4:37 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Skuad memanah Selangor buru tambahan emas Para SUKMA 2026 esok

SHAH ALAM, 9 SEPT: Skuad memanah Selangor belum mahu berpuas hati meskipun sudah mencapai sasaran dua pingat emas apabila beberapa atletnya mara ke pusingan akhir Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 esok.

Jurulatih Muhammad Hazwan Abdul Hamid optimis anak buahnya mampu menambah koleksi emas pada hari terakhir saingan selepas mempamerkan prestasi meyakinkan dalam beberapa kategori.

“Alhamdulillah. Kita sasarkan dua emas dan sudah berjaya dicapai. Hari ini beberapa atlet kita layak ke pusingan akhir dalam kategori individu lelaki, individu wanita serta campuran.

“Saya jangkakan kita mampu raih beberapa lagi pingat emas esok. Jika kita mampu, ini beri kemenangan besar kepada pasukan memanah negeri,” katanya kepada Media Selangor.

Image from: Skuad memanah Selangor buru tambahan emas Para SUKMA 2026 esok
Jurulatih Memanah Para Selangor, Muhammad Hazwan Abdul Hamid ditemui media ketika Para Sukma Selangor di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Shah Alam pada 9 September 2026. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Setakat ini, Muhammad Aizat Zaini dan Muhammad Azaruddin Mat masing-masing menyumbang emas menerusi acara compound individu lelaki dan recurve individu lelaki.

Tumpuan esok turut terarah kepada Shazleen Elneesha Saiful Azmi yang bakal beraksi dalam pusingan akhir compound individu wanita.

Bagi Shazleen, pentas final itu bukan sekadar peluang memburu emas, malah menjadi medan menebus kekecewaan selepas gagal menyumbang pingat pada Para SUKMA Sarawak 2024 akibat masalah kesihatan.

“Ini kali ke empat saya wakili Para SUKMA. Edisi Perak, saya hadiahkan tiga pingat termasuk satu emas. Kemudian saya hadiahkan satu perak.

“Hanya di Sarawak saya tidak menyumbang sebarang pingat sebab disahkan influenza sebaik sahaja sampai. Kesihatan tak mengizinkan. Jadi esok saya akan berjuang untuk rebut pingat emas,” katanya.

Para SUKMA yang berlangsung mulai 5 September lalu hibgga esok mempertandingkan 369 acara melibatkan 10 jenis sukan iaitu renang, olahraga, badminton, ping pong, tenpin boling, boling padang, memanah, catur, boccia dan powerlifting.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved