SOJC: Young Tigers baham Kanada 6-1 sebelum aksi final

23 Oct 2026 • 9:12 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: SOJC: Young Tigers baham Kanada 6-1 sebelum aksi final

JOHOR BAHRU: Malaysia menamatkan aksi peringkat kumpulan Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 tahun Piala Sultan Johor (SOJC) dengan bergaya apabila memenangi semua perlawanan selepas membelasah Kanada 6-1 di Stadium Hoki Johor, di sini malam tadi.

Malaysia yang sudah mengesahkan tempat ke aksi final SOJC edisi-14 terlebih dahulu ketinggalan satu gol setelah Navdip Chandi menjaringkan gol padang seawal minit kelima permainan.

Anak buah Nor Saiful Zaini Nasiruddin tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila Hafiezuddin Mohd. Ali menjaringkan gol padang menewaskan penjaga gol, Morgan Garside pada minit ketujuh.

Sebelum tamat aksi suku pertama, T. Naaveennash Paniker meletakkan skuad hoki remaja kebangsaan di hadapan, juga menerusi gol padang.

Memasuki suku kedua, Young Tigers melebarkan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Faiz Afzan Mohd. Afzan pada minit ke-22.

Pasukan tuan rumah menambah derita buat pasukan Kanada selepas meledak gol keempat perlawanan yang dijaringkan Rahuul Fazrien Muhammad Nazrien menerusi gol pada minit ke-30.

Bersambung suku ketiga, skuad hoki remaja kebangsaan berpesta gol apabila menambah dua jaringan menerusi pukulan sudut penalti yang disudahkan G. Dheeressh dan Safwan Salihe pada minit ke-41 dan ke-45.

Pada 15 minit terakhir, skuad hoki remaja kebangsaan terus mengasak kubu lawan namun tiada tambahan jaringan berjaya dihasilkan.

Dalam perlawanan terdahulu, Pakistan berkongsi mata dengan Jepun dalam perlawanan yang berkesudahanan 2-2.

Walaupun kedua-dua pasukan masing-masing mengutip tujuh mata daripada empat perlawanan, Pakistan berjaya layak ke final dengan kelebihan jaringan yang dimiliki.-UTUSAN

The post SOJC: Young Tigers baham Kanada 6-1 sebelum aksi final appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved