Sony 1000X the Collexion Dengan Kemasan Premium Dilancarkan – Harga RM 2799

TechnologyDigital
20 May 2026 • 9:03 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Setelah sekian lama diacah, semalam fon kepala Sony 1000X the Collexion dilancarkan secara rasmi. Kerana ia dihasilkan sempena ulang tahun ke-10 siri Sony 1000XM, Sony 1000X the Collexion hadir dengan pelbagai ciri lebih premium.

Image from: Sony 1000X the Collexion Dengan Kemasan Premium Dilancarkan – Harga RM 2799

Tumpuan diberikan kepada reka bentuk lebih mewah, keselesaan semasa dipakai, dan kualiti bunyi lebih baik berbanding fon kepala 1000XM yang terdahulu. Bahagian tangkap dan angkup kepala diperbuat daripada logam serta bukan lagi plastik untuk nampak lebih mewah serta lebih tahan lasak. Kemasan kini bukan lagi plastik tetapi bahan kulit vegan.

Image from: Sony 1000X the Collexion Dengan Kemasan Premium Dilancarkan – Harga RM 2799

Bahagian angkup kepala lebih besar dan kusyen juga 40% lebih tebal bagi keselesaan jangka panjang. Semua butang kawalan juga kini diperbuat daripada logam. Cawan telinga sedikit lebih nipis berbanding XM6 tetapi span lebih empuk.

Image from: Sony 1000X the Collexion Dengan Kemasan Premium Dilancarkan – Harga RM 2799

Kerana bahan lebih premium dan logam, 1000X the Collexion juga tidak boleh dilipat seperti XM5. Ini menyebabkan bekas simpanan juga lebih besar tetapi mempunyai bahagian pemegangnya sendiri. Ia ditutup menggunakan magnet sama seperti XM6 sebelumnya.

Image from: Sony 1000X the Collexion Dengan Kemasan Premium Dilancarkan – Harga RM 2799

Seperti terdapat sokongan ANC, pemproses audio V3, DSEE Ultimate dan audio spatial untuk permainan video, muzik serta mod panggung wayang. Bateri yang disertakan bertahan 24 jam dengan ANC dan adalah lebih pendek berbanding 30 jam pada XM6. Sokongan audio adalah Bluetooth 5.3 dengan LDC serta kabel audio 3.5mm serta USB-C apabila diperlukan.

Sony 1000X the Collexion boleh dibeli di Malaysia hari dalam warna Platinum dan Black pada harga RM 2799 yang adalah lebih premium berbanding RM 1999 untuk Sony WH-1000XM6.