Seperti ura-ura yang didengari sejak sebulan lalu, Sony WH-1000XM4C dilancarkan semalam dengan ia merupakan Sony WH-1000XM4 dengan beberapa penambahbaikan. Dari sudut rekaan ia adalah fon telinga yang sama dengan ia boleh dilipat, bahan kulit vegan pada tubuh dan pelbagai ciri yang menjadikan XM4 asal antara fon telinga terbaik di pasaran.

Ia menggunakan pemandu audio 40mm dengan ia boleh ditambat menggunakan Bluetooth dan juga bicu audio 3.5mm. Sistem ANC disokong dengan cip QN1 dan empat mikrofon. ANC boleh dihentikan seketika dengan menutup cawan telinga kanan.

Pelbagai butang kawalan fizikal pula diletakkan pada cawan telinga kiri dan juga kawalan gestur jari. Satu perubahan yang dilakukan ialah terdapat 10 tetapan EQ berbanding 5 sahaja pada XM4 asal.
Satu perubahan negatif ialah hayat bateri XM4 hanya 27 jam dengan ANC dan 34 jam tanpa ANC. Ini adalah empat jam lebih pendek berbanding model asal. Sony WH-1000XM4C dipasarkan sebagai fon kepala siri WH1000 permulaan bagi mereka yang tidak mahu berbelanja lebih.

Ia kini boleh ditempah di Malaysia pada harga RM1099 dalam warna Black, Lavender dan Platinum Silver dengan ia akan diterima bermula November 2026. Hara jualannya lebih murah berbanding XM5 (RM1399), XM6 (RM2099) dan 1000X THE COLLEXION (RM2499).






