'Speaker tentukan status kerusi DUN selepas semakan' - Amirudin

LocalPolitics
7 Aug 2026 • 6:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Speaker tentukan status kerusi DUN selepas semakan' - Amirudin
Amirudin. Foto: ROSLI TALIB

SHAH ALAM - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan memanggil seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan membuat semakan sebelum menentukan kedudukan kerusi berkenaan sama ada berlaku kekosongan atau sebaliknya.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, proses pengesahan perlu dilakukan terlebih dahulu termasuk meneliti dokumen berkaitan sebelum sebarang keputusan dibuat berhubung status kerusi itu.

"Saya percaya Speaker akan memanggil beliau, menyemak dan sebagainya supaya pengesahan tentang kedudukan ADUN itu dapat diputuskan.

"Kuasa untuk umumkan kosong itu Speaker, kuasa untuk menjalankan pilihan raya pula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya ketika ditemui selepas pembentangan Rancangan Selangor Kedua (RS-2) di DUN Selangor di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan berkaitan status seorang ADUN Selangor susulan isu perintah kebankrapan yang dikenakan terhadap wakil rakyat berkenaan.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan, spekulasi mengenai kemungkinan berlakunya PRK di Selangor timbul susulan status kebankrapan seorang ADUN di negeri ini.

Bagaimanapun, perkembangan terbaharu menyaksikan Mahkamah Tinggi membatalkan Perintah Kebankrapan terhadap wakil rakyat berkenaan.

Sinar Harian pada Isnin lalu melaporkan, Speaker DUN Selangor, Lau Weng San belum mengesahkan kemungkinan berlaku kekosongan mana-mana kerusi DUN negeri itu, sebaliknya masih meneliti semua maklumat berkaitan.

Beliau berkata, semakan sedang dibuat secara menyeluruh membabitkan semua ADUN tanpa mengira parti sebelum sebarang keputusan dibuat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved