Spesifikasi Jimny 3-Pintu Dikemaskini

Cars
21 Oct 2025 • 11:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pengeluar automotif yang berpangkalan di Hamamatsu, Suzuki, baru sahaja melancarkan versi terkini yang telah dikemaskini untuk model ikonik generasi keempat Jimny 3-Pintu.

Bagi yang tidak tahu, jenama Jepun yang dikenali dengan huruf “S” ini menawarkan model terkenal tersebut di Jepun dalam dua varian iaitu versi biasa dan versi kelas Kei Car.

image is not availableimage is not available

Bagi mengenali kedua-dua varian itu cara paling mudah ialah, varian Kei Car tidak mempunyai lekuk ada roda berwarna hitam.

image is not available

Penambahbaikan yang dibuat ini tertumpu kepada aspek keselamatan dan sambungan digital.

Namun, kebanyakan perubahan ini hanya terhad kepada dua varian 3-Pintu, manakala versi buatan India dengan lima pintu yang dipasarkan di Jepun sebagai Nomade kekal tanpa sebarang perubahan.

image is not available

Bagi pasaran Jepun varian kelas Kei Car menggunakan enjin petrol turbo 3-silinder 658cc yang mana ia mampu menghasilkan kuasa hanya 63 hp.

Sementara itu, varian Jimny 3-Pintu biasa (kod casis: JB74) masih mengekalkan enjin aspirasi semula jadi 1.5 liter 4-silinder dimana varian ini mampu menghasilkan kuasa setakat 103 hp dan 138 Nm.

Pembeli kini juga boleh memilih skrin infotainmen baharu bersaiz 9 inci. Dengan tambahan harga ¥128,700 (RM3,612), skrin ini menyokong kedua-dua Apple CarPlay dan Android Auto. Turut baharu ialah konsol tengah yang dikemas kini dengan ruang khas untuk telefon pintar.

image is not available

Untuk pasaran Jepun, varian asas ditawarkan tanpa sistem kawalan suhu automatik. Sebaliknya, varian ini dilengkapi dengan antara muka analog tradisional berbanding unit separa digital automatik yang terdapat pada varian lebih tinggi.

Antara kemas kini yang dibuat ialah penambahan sistem “Dual Sensor Brake Support II” pada Jimny 3-Pintu, terdpaat sistem pencegahan keluar lorong (LDP), lampu tinggi automatik (AHB), pengecaman tanda lalu lintas (TSR), serta langkah keselamatan siber baharu yang lebih ketat.

image is not available

Selain itu, varian yang dilengkapi dengan transmisi automatik 4-kelajuan turut menerima sistem Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC) dan fungsi baharu yang dinamakan Rear False Start Prevention.

Secara ringkasnya, ciri-ciri keselamatan pemanduan bantuan (ADAS) asas yang kini ditambah meletakkan model Jimny 3-Pintu pasaran Jepun setanding dengan varian 5-pintu Nomade dari segi keselamatan asas.

image is not availableimage is not available

Dari segi harga, rangkaian Suzuki Jimny 3-Pintu versi baharu ini dijual antara ¥1,918,400 (RM53,833) hingga ¥2,160,400 (RM60,624) bagi varian kelas Kei Car manakala varian Jimny 3-Pintu biasa yang dipasarkan di Jepun sebagai Jimny Sierra, pula berharga sekitar ¥2,271,500 (RM63,741) hingga ¥2,385,900 (RM66,951).