SPR sahkan tiada keperluan PRK di Subang

LocalPolitics
12 Aug 2026 • 11:46 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: SPR sahkan tiada keperluan PRK di Subang

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya mengesahkan tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen P.104 Subang susulan peletakan jawatan Wong Chen sebagai Ahli Parlimen, Isnin lalu.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr. Johari Abdul menerusi surat bertarikh semalam.

Jelas beliau, kekosongan luar jangka itu berlaku selepas Wong yang memenangi kerusi Subang atas tiket Parti Keadilan Rakyat meletakkan jawatan secara sukarela dan surat peletakan jawatan berkenaan telah diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 5 Ogos lalu.

“Kekosongan kerusi Dewan Rakyat itu diisytiharkan mengikut Perkara 51 Perlembagaan Persekutuan.

“Berdasarkan Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang Dipertua Dewan Rakyat telah memaklumkan kepada SPR bahawa tiada keperluan bagi mengisi kekosongan luar jangka tersebut.

“Selaras dengan itu, tiada PRK Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.104 Subang akan dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kelmarin, Kosmo! melaporkan Wong Chen mengumumkan peletakan jawatannya sebagai wakil rakyat Subang berkuat kuasa pukul 5 petang.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat secara sukarela dengan surat peletakan jawatan diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 5 Ogos lalu.

Menurutnya, tarikh kuat kuasa berkenaan ditetapkan bagi memberi tempoh tiga hari bekerja kepada pegawai Parlimen untuk membuat persediaan berkaitan kekosongan kerusi tersebut.

Pengumuman itu dibuat menerusi satu hantaran di Facebook, dengan Wong Chen memaklumkan beliau secara sukarela mengosongkan Parlimen tersebut.-KOSMO! ONLINE

The post SPR sahkan tiada keperluan PRK di Subang appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved