Wong Chen keluar PKR, sertai Bersama

LocalPolitics
12 Aug 2026 • 12:43 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Wong Chen keluar PKR, sertai Bersama

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Subang, Wong Chen mengumumkan keluar dari PKR, untuk menyertai Parti Bersama.

Beliau membuat pengumuman berkenaan pada sidang media di Ibu Pejabat Bersama di Puchong hari ini, yang turut disertai pengasas parti tersebut, Datuk Seri Rafizi Ramli.

Semalam, Wong Chen mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Subang, selepas tiga penggal menjadi wakil rakyat dan surat berkenaan diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat , Tan Sri Johari Abdul pada 5 Ogos lalu.

Menurut Wong Chen, langkah berkenaan menandakan berakhirnya penglibatan beliau selama 17 tahun dengan PKR.

Jelasnya, beliau meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen terlebih dahulu sebelum keluar daripada PKR, selaras dengan undang-undang anti-lompat parti dan kemudiannya memohon untuk menyertai Bersama.

Beliau berkata permohonannya untuk menyertai Bersama diluluskan kira-kira lima minit sebelum beliau membuat kenyataan tersebut.

“Politik Malaysia kini berada dalam fasa yang sangat toksik. Kami berada di sini untuk menunjukkan wajah sebuah parti yang berbilang kaum dan progresif. Ketika kita memasuki proses pilihan raya yang semakin penting, saya fikir rakyat sedang mencari sesuatu yang lain,” katanya.

BERITA LANJUT MENYUSUL

The post Wong Chen keluar PKR, sertai Bersama appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved