SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

LocalPolitics
7 Sep 2026 • 9:54 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan bagi isu kelewatan pengagihan bekalan baja sebatian tambahan (Baja 3) kepada pesawah di Kedah.

SPRM Kedah menerima aduan daripada Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) pada 26 Ogos lalu dan satu kertas siasatan telah dibuka.

Ia bagi menyiasat aduan tersebut berhubung kelewatan pembekalan baja yang dilantik Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk memenuhi keperluan kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) berkeluasan 100,000 hektar.

Menurut sumber, siasatan berhubung isu tersebut dilakukan SPRM Kedah bagi menyiasat bukan sahaja daripada aspek jenayah, namun termasuk sebarang isu kelemahan tatakelola yang wujud sehingga berlakunya kelewatan tersebut.

“Setakat ini SPRM telah merakam percakapan seorang saksi daripada Pesawah dan menerima beberapa dokumen berkaitan.

“SPRM menyambut baik gesaan serta keprihatinan Perdana Menteri diatas isu ini dan telah berhubung dengan pihak KPKM serta Mada bagi siasatan lanjut,” katanya hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd. Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan siasatan telah dibuka dibawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

The post SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved