SPRM siasat isu kelewatan pengagihan baja

LocalPolitics
7 Sep 2026 • 7:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: SPRM siasat isu kelewatan pengagihan baja

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka siasatan berhubung isu kelewatan pengagihan bekalan baja sebatian tambahan (Baja 3) kepada pesawah di Kedah.

Tindakan itu selepas SPRM Kedah menerima aduan daripada Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) pada 26 Ogos lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Katanya, aduan tersebut berhubung kelewatan pembekalan baja yang dilantik Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk memenuhi keperluan kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berkeluasan 100,000 hektar.

“Setakat ini SPRM telah merakam percakapan seorang saksi daripada Pesawah dan menerima beberapa dokumen berkaitan,” katanya di sini.

Katanya, siasatan berhubung isu tersebut dilakukan oleh SPRM Kedah bagi menyiasat bukan sahaja daripada aspek jenayah namun termasuk sebarang isu kelemahan tatakelola yang wujud sehingga berlakunya kelewatan tersebut.

“SPRM menyambut baik gesaan serta keprihatinan Perdana Menteri di atas isu ini dan telah berhubung dengan pihak KPKM serta MADA bagi siasatan lanjut,” jelasnya.-UTUSAN.

The post SPRM siasat isu kelewatan pengagihan baja appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved