SPRM siasat kelewatan pemberian bekalan baja di Kedah

LocalPolitics
7 Sep 2026 • 10:24 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung isu kelewatan pengagihan baja sebatian tambahan atau Baja 3 kepada pesawah di Kedah.

Image from: SPRM siasat kelewatan pemberian bekalan baja di Kedah

Foto: Berita Harian

Memetik laporan Free Malaysia Today, siasatan itu dimulakan susulan aduan yang diterima SPRM Kedah daripada Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) pada 26 Ogos lalu, lapor Berita Harian.

Difahamkan, siasatan tidak hanya tertumpu kepada kemungkinan berlaku kesalahan jenayah, sebaliknya turut merangkumi aspek kelemahan tatakelola yang mungkin menjadi punca kelewatan pembekalan baja berkenaan.

Baja tambahan itu dibekalkan menerusi syarikat yang dilantik Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk memenuhi keperluan pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), yang meliputi kira-kira 100,000 hektar.

Dalam perkembangan sama, SPRM telah mengambil keterangan daripada seorang saksi yang mewakili Pesawah selain menerima beberapa dokumen berkaitan bagi membantu siasatan.

Image from: SPRM siasat kelewatan pemberian bekalan baja di Kedah

Foto: Malay Mail

Arahan supaya isu berkenaan disiasat turut diberikan Perdana Menteri,  Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mahu punca kelewatan pembekalan baja kepada pesawah di Kedah dikenal pasti.

Anwar turut meminta supaya penelitian dibuat terhadap syarikat yang diberikan tanggungjawab menguruskan proses pembekalan baja tersebut.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abb Halim Aman, yang dipetik Berita Harian, berkata siasatan itu dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

“SPRM menyambut baik gesaan serta keprihatinan perdana menteri mengenai isu ini dan sudah berhubung dengan pihak KPKM serta Mada bagi siasatan lanjut,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, memaklumkan kerajaan telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan sebuah syarikat yang terbabit dalam pembekalan baja susulan kelewatan yang berlaku.

Artikel lain: “Bantuan telah dibayar…”-Mat Sabu nafi dakwaan kerajaan lewat, gagal salur bantuan pesawah!

Menurut beliau, masalah berkenaan dijangka dapat diselesaikan selepas baki bekalan baja disalurkan oleh Mada kepada pesawah dalam tempoh 10 hari.

Sebelum ini, media melaporkan kira-kira 40,000 daripada keseluruhan 60,000 pesawah di kawasan Mada berdepan risiko terjejas hasil tanaman kerana masih belum menerima baja tambahan tersebut.

Sumber: Free Malaysia Today

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved