PUTRAJAYA - Seorang lelaki tempatan dicari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu perbicaraan kes di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
SPRM dalam kenyataan memaklumkan, individu itu ialah Ta Jin Kiat, 48, yang disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan gagal dihubungi walaupun usaha mengesannya telah dibuat di alamat terakhirnya iaitu No. 12, Persiaran Madge, A-3A The Madge, 50200 Kuala Lumpur.
"Sehubungan itu, waran tangkap telah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 2 September 2026.
"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Stefan Lue Hsien Yang di talian 017-902 8199 atau 03-8870 0801, atau melalui e-mel stefan@sprm.gov.my," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.





![[VIDEO] Farid Abu Auliya didakwa miliki gambar bogel, video lucah](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2026/09/11/3643880.webp)