SPRM mohon rakam keterangan bekas Pengerusi Felda dalam penjara

LocalPolitics
10 Sep 2026 • 5:20 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: SPRM mohon rakam keterangan bekas Pengerusi Felda dalam penjara

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini dalam proses mendapatkan kebenaran Jabatan Penjara untuk merakam keterangan bekas Pengerusi Felda yang sedang menjalani hukuman penjara bagi membantu siasatan berkaitan aset dan pelaburan Felda Investment Coorporation Sdn. Bhd. (FICSB).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, kerjasama daripada pihak penjara diperlukan bagi membolehkan rakaman percakapan individu berkenaan dijalankan.

“Hala tuju penyiasatan kami terhadap Felda kini adalah kami merakamkan percakapan saksi-saksi utama bekas pengurusan Felda yang mana kita sedia maklum bekas pengerusinya sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan rasuah sebelum ini.

“Kami akan cuba mendapatkan kerjasama daripada pihak penjara bagi tujuan perakaman kenyataan terhadap individu yang dinyatakan itu,” katanya kepada pemberita selepas sesi wawancara di Ibu Pejabat SPRM, di sini, tadi.

Pada 26 Jun lalu, bekas Pengerusi Felda kekal dipenjara enam tahun dan didenda RM15.45 juta atas sembilan pertuduhan rasuah berjumlah RM3.09 juta membabitkan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak, 12 tahun lalu.

Untuk maklumat, pada 2018, tokoh politik itu didakwa atas sembilan pertuduhan menerima suapan untuk dirinya berjumlah RM3.09 juta sebagai tanda terima kasih kerana membantu meluluskan pembelian MPHS di Kuching pada harga RM160 juta oleh FICSB. – KOSMO! ONLINE

The post SPRM mohon rakam keterangan bekas Pengerusi Felda dalam penjara appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved