Status projek Stadium Shah Alam masih jadi tanda tanya

LocalPolitics
10 Aug 2026 • 3:02 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Stadium Shah Alam

SHAH ALAM: Kerajaan negeri melalui anak syarikat, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) didakwa masih meneliti sumber pembiayaan projek pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) atau Stadium Shah Alam.

Pelaksanaan projek berjumlah melebihi RM3 bilion itu juga masih belum dikenal pasti kaedah pertukaran tanah walaupun sudah lebih tiga tahun ia diluluskan dan kompleks sedia ada dirobohkan sepenuhnya.

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PN-Hulu Klang) dalam perbahasannya berkata, beliau membangkitkan keseriusan kerajaan negeri bagi meneruskan projek KSSA apabila tidak dinyatakan secara terperinci dalam Rancangan Selangor Kedua (RKS2).

“RSK2 menyentuh pembangunan KSSA sebagai mercu tanda sukan di Selangor. Itu sahaja kenyataan rasmi daripada kerajaan negeri. Satu baris ayat sahaja. Tidak pernah kami pertikai pembangunan KSSA sebagai mercu tanda sukan.

“Tetapi persoalannya, di mana laporan kemajuan. Tidak ada laporan impak ekonomi. Tidak ada sebarang komitmen untuk menyegerakan pembangunan KSSA.

“Oleh kerana saya tidak mendapat sebarang maklumat dalam dokumen RSK2, saya sudah mengemukakan soalan bertulis kepada kerajaan negeri untuk mendapatkan status KSSA dan jawapan diberikan sehingga 10 Ogos, MBI masih meneliti sumber pembiayaan. 

“Sumber pembiayaan pun tiada, ini pelan bila hendak siap?” katanya dalam perbahasan Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Ke-15 di sini, hari ini.

Jumaat lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dalam pembentangan RSK2 memaklumkan KSSA dihasratkan untuk menjadi mercu tanda sukan di negeri ini dan sukan permotoran di Sepang serta Litar Rakyat Kuala Selangor.

Mohamed Azmin dalam pada itu turut mempersoalkan status projek tersebut sekiranya Selangor bertukar kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

“Kalau dilengah-lengahkan, masuk kerajaan baru esok, kami hendak tanggung. Mungkin tak beberapa lama lagi. Jadi, jangan bebankan kegagalan kerajaan negeri pada hari ini untuk mengenal pasti tanah pun gagal.

“Untuk mengenal pasti sumber pembiayaan pun gagal. Projek pun gagal, sampai bila KSSA boleh menjadi mercu tanda sukan di Selangor,” katanya.-UTUSAN.

The post Status projek Stadium Shah Alam masih jadi tanda tanya appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved