‘Dia macam tunggu saya buat salah, rasa diri terpenjara’

LocalEntertainment
10 Aug 2026 • 3:59 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Dia macam tunggu saya buat salah, rasa diri terpenjara’

SHAH ALAM – Masih menaruh harapan, bekas isteri Nubhan, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr. Fie, 36, berharap kes komital yang difailkan penyanyi itu dapat diselesaikan segera untuk membolehkannya menjalani kehidupan dengan tenang.

Dr. Fie, berkata, selagi kes berkenaan belum berakhir dia seolah-olah berasakan segala perkongsian di laman sosial terus menjadi perhatian bekas suaminya.

“Kalau boleh saya nak isu ini selesai secepat mungkin. Ada banyak program melibatkan saya. Saya cuma nak teruskan hidup bersama anak-anak dengan tenang.

“Ini tidak, saya macam ada perasaan takut, gementar, terasa seperti diperhatikan sedangkan kerja saya banyak membabitkan media sosial. Tambahan pula saya berdepan sebanyak 120 soalan. Ibarat dia seperti menunggu saya buat kesalahan.

“Situasi sedemikan juga buatkan saya rasa terpenjara. Kalau kes ini cepat selesai, saya taklah rasa macam ini. Saya ada anak-anak, nak fokus pada mereka,” katanya yang hadir Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini, bagi prosiding kedua kes komital difailkan Nubhan.

Selain ditemani seorang saudara terdekat, ibu kepada tiga cahaya mata itu turut diiringi peguamnya, Nor Hazura Hamzah dan Nur Shahidah Hassan.

Manakala Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad hadir ke mahkamah ditemani peguam Mohd. Redzuan Ramli.

Pada masa sama, Dr. Fie, mengakui dirinya ibarat terpenjara susulan tindakan bekas suami yang didakwa sering memerhatikan gerak gerinyam

“Apa saya nak buat saya kena fikir terlebih dahulu. Memanglah kita berfikir sebelum mengambil tindakan, tetapi tak adalah sampai buatkan diri kita ini rasa terpenjara.

“Sebagai ibu tunggal, saya mahu pergi jauh, macam-macam impian yang saya nak buat. Kalau boleh saya nak benda ini selesai secepat mungkin, tapi tak boleh sebab saya tak bersedia.

“Dia tidaklah mengganggu, tetapi saya rasa tersekat, diperhatikan. Saya pula bukannya orang yang boleh duduk diam. Saya nak pergi lebih jauh, aktif dalam media sosial, bukan terperap dalam klinik 24 jam.

“Perbuatan saya itu bagai dapat dilihat oleh pihak di sana. Dia ibaratnya boleh lihat setiap tindak tanduk kita, membuatkan kita rasakan hidup kita ini tiada privasi,” ujarnya.

Nubhan sebelum ini memfailkan komital terhadap bekas isteri, iaitu membabitkan tiga kenyataan di media sosial yang didakwa berunsur fitnah dan menjatuhkan reputasinya sebagai ahli perniagaan.

Prosiding pertama kes terbabit berlangsung pada 5 Mei lalu di mahkamah sama. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Dia macam tunggu saya buat salah, rasa diri terpenjara’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved