Status tanah punca premium KLSCAH turun

LocalPolitics
16 Nov 2026 • 2:04 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Status tanah punca premium KLSCAH turun

KUALA LUMPUR: Status tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) daripada komersial kepada institusi menjadi alasan pengurangan premium tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) daripada anggaran RM4.67 juta kepada RM1,000.

Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, KLSCAH sudah diwartakan sebagai bangunan warisan pada awal 2007.

Justeru itu katanya, tanah berkenaan tidak lagi mempunyai nilai komersial dan tidak boleh dibangunkan untuk tujuan pembinaan kondominium atau pusat beli-belah dan hanya boleh digunakan sebagai bangunan institusi dan warisan.

“Tempoh pajakan tanah masih berbaki lapan tahun ketika pihak pengurusan mengemukakan permohonan untuk mendapatkan pertimbangan kerajaan memandangkan bangunan itu berstatus warisan.

“Memandangkan KLSCAH adalah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang mempunyai sejarah panjang, pihak pengurusan mengemukakan rayuan bagi mendapatkan pengurangan premium pajakan.

“Berdasarkan pertimbangan itu, jawatankuasa penilaian bersetuju mengurangkan premium pajakan kepada RM1,000, mengambil kira sekatan penggunaan tanah berkenaan yang hanya dibenarkan bagi tujuan institusi,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (Wilayah Persekutuan), di sini, hari ini.

Pada 14 November lalu, kerajaan meluluskan pembaharuan pajakan tanah KLSCAH selama 99 tahun dengan premium tanah ditetapkan pada kadar nominal RM1,000 berbanding anggaran premium terdahulu kira-kira RM4.67 juta.

Keputusan itu diumumkan pada majlis makan malam ulang tahun KLSCAH ke-103.

Jawatankuasa Tanah Wilayah Persekutuan meluluskan penyerahan dan pemberian milik semula tanah itu bagi kegunaan institusi pada 14 September lalu.

Surat kelulusan rasmi bertarikh 1 Oktober pula menetapkan premium tanah RM1,000, manakala jumlah keseluruhan yang perlu dibayar berdasarkan notis tanah rasmi ialah RM5,011 termasuk sewa tanah tahun pertama dan caj pentadbiran.

Kadar sewa tanah tahunan ditetapkan sebanyak RM3,151.

Keputusan itu susulan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk memberikan pertimbangan khas terhadap usaha memelihara bangunan bersejarah berkenaan selepas mengunjungi dewan itu sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada 17 Februari lalu. – UTUSAN

The post Status tanah punca premium KLSCAH turun appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved