Steel Hawk peroleh kontrak perkhidmatan perancah daripada EPOMS selama dua tahun

Business & Finance
30 Jul 2025 • 2:12 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Steel Hawk peroleh kontrak perkhidmatan perancah daripada EPOMS selama dua tahun

image is not available

30/07/2025 - 14:12

Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 30 Julai – Anak syarikat milik penuh Steel Hawk Bhd, iaitu Steel Hawk Engineering Sdn Bhd, berjaya memperoleh kontrak bagi penyediaan perkhidmatan perancah daripada EPOMS Sdn Bhd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Steel Hawk berkata, kontrak tersebut adalah untuk tempoh dua tahun bermula 25 Julai 2025 hingga 24 Julai 2027, dengan opsyen lanjutan selama setahun.

“Kontrak itu dilaksanakan secara panggilan kerja (call-out basis) dan tidak mempunyai nilai tetap, bergantung kepada keperluan semasa sepanjang tempoh pelaksanaan,” katanya.

Steel Hawk menjangkakan kontrak tersebut akan menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025. - DagangNews.com

standard

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved