Dayang raih kontrak kapal penginapan dari PETRONAS Carigali

LocalBusiness & Finance
30 Jul 2025 • 6:08 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Dayang raih kontrak kapal penginapan dari PETRONAS Carigali

image is not available

30/07/2025 - 18:08

Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 30 Julai - Dayang Enterprise Holdings Bhd meraih kontrak daripada PETRONAS Carigali Sdn Bhd untuk penyediaan kapal penginapan pekerja bagi menyokong operasi luar pesisir syarikat minyak dan gas negara itu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Dayang berkata, kontrak tersebut akan berkuat kuasa bermula dari tarikh sijil penyewaan kapal dikeluarkan dalam tempoh sekitar 130 hari, dengan pilihan lanjutan sehingga 60 hari.

“Nilai kontrak akan ditentukan berdasarkan arahan kerja yang akan dikeluarkan oleh PETRONAS Carigali sepanjang tempoh pelaksanaan.

“Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan syarikat sepanjang tempoh berkenaan dan tidak akan memberi sebarang kesan ke atas modal terbitan syarikat,” kata Dayang.

Tambahnya, penerimaan kontrak itu adalah selari dengan kepentingan terbaik syarikat.

Baimanapun, syarikat itu mengakui terdapat beberapa risiko yang mungkin mempengaruhi pelaksanaan kontrak, termasuk ketersediaan tenaga kerja mahir dan bahan mentah, perubahan harga bahan serta ketidaktentuan dari segi politik, ekonomi dan peraturan semasa.- DagangNews.com

standard

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved