Stor kabel elektrik musnah terbakar

14 Aug 2026 • 8:01 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Stor kabel elektrik musnah terbakar
Sebuah stor penyimpanan kabel elektrik di Jalan Kunci Air, Padang Jawa musnah terbakar pada Khamis. Foto: JBPM
Image from: Stor kabel elektrik musnah terbakar
Anggaran kebakaran membabitkan kira-kira 80 peratus daripada keseluruhan bangunan. Foto: JBPM

SHAH ALAM - Sebuah stor penyimpanan kabel elektrik di Jalan Kunci Air, Padang Jawa di sini musnah terbakar pada Khamis.

Penolong Kanan Penguasa Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.11 malam.

"Seramai 21 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam serta bantuan BBP Klang Selatan serta Bukit Jelutong bersama jentera digerakkan ke lokasi yang jaraknya sejauh 10 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

**media[3614489]**

Ashrul Riezal berkata, pihaknya tiba di lokasi sembilan minit kemudian, mendapati kebakaran melibatkan sebuah stor penyimpanan kabel elektrik bangunan kelas C.

"Anggaran kebakaran membabitkan kira-kira 80 peratus daripada keseluruhan bangunan.

"Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu dan kerja-kerja pemadaman masih dijalankan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved