STR, SARA lebih tinggi dijangka pacu jualan peruncit barangan keperluan

Business & Finance
23 Oct 2026 • 2:57 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: STR, SARA lebih tinggi dijangka pacu jualan peruncit barangan keperluan

PETALING JAYA: Peningkatan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam Belanjawan 2027 dijangka memacu jualan peruncit barangan keperluan, khususnya 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd, Eco-Shop Marketing Bhd dan MR DIY Group (M) Bhd, sekali gus membantu mengimbangi tekanan kenaikan kos operasi.

RHB Investment Bank Bhd berkata, peruntukan lebih besar bagi SARA di bawah peruntukan keseluruhan RM16 bilion untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA akan mengarahkan lebih banyak perbelanjaan isi rumah kepada barangan keperluan yang layak dibeli menggunakan bantuan berkenaan.

Menurutnya, peruncit yang mengambil bahagian dalam program berkenaan berpotensi merekodkan peningkatan jualan melalui rangkaian kedai sedia ada, sekali gus meningkatkan kecekapan penyerapan kos tetap dan membantu mengurangkan tekanan daripada kenaikan kos gaji.

“Syarikat yang memberi tumpuan kepada barangan keperluan dan produk bernilai rendah berada pada kedudukan lebih baik untuk meraih manfaat daripada langkah itu, memandangkan kumpulan pelanggan mereka banyak terdiri daripada isi rumah berpendapatan rendah hingga sederhana.

“Selain perubahan komposisi bantuan, peluasan manfaat SARA serta pemberian sekali bayar sempena musim perayaan dijangka menyokong pembelian pengguna, manakala kenaikan gaji mulai Jun 2027 berpotensi memberikan rangsangan tambahan kepada pendapatan boleh guna isi rumah,” katanya. 

Bagaimanapun,  firma penyelidikan itu berpandangan peningkatan kuasa beli pengguna perlu disertai pengurusan kos yang berkesan oleh peruncit bagi memastikan pertumbuhan jualan dapat membantu mengimbangi tekanan kos operasi.

RHB mengekalkan saranan ‘Overweight’ terhadap sektor produk pengguna, dengan 99 Speed Mart, Eco-Shop Marketing, Nestle (Malaysia) Bhd, QL Resources Bhd dan Farm Fresh Bhd sebagai pilihan utama.-UTUSAN

 

The post STR, SARA lebih tinggi dijangka pacu jualan peruncit barangan keperluan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved