Suami isteri hilangkan diri dipercayai akibat hutang duit kutu, dijangka direman hari ini

6 Aug 2026 • 9:28 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Sepasang suami isteri yang sebelum ini dilaporkan hilang bersama anak lelaki mereka sejak 20 Julai lalu akhirnya tampil menyerahkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu awal pagi tadi.

Image from: Suami isteri hilangkan diri dipercayai akibat hutang duit kutu, dijangka direman hari ini

Memetik laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Radzi Abdul Rahim berkata, pasangan berusia 39 dan 36 tahun itu hadir ke IPD Kubang Pasu kira-kira pukul 1.50 pagi.

“Pasangan suami isteri itu akan dibawa ke Mahkamah Jitra pada pagi ini untuk proses reman,” katanya, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan polis sedang giat mengesan tiga sekeluarga dari Taman Desa Bayanmas, Bukit Kayu Hitam selepas mereka dilaporkan tidak dapat dikesan sejak 20 Julai lalu.

Laporan kehilangan membabitkan pasangan suami isteri bersama anak lelaki mereka yang berusia sembilan tahun dibuat oleh bapa kepada wanita berkenaan yang berusia 62 tahun.

Menurut ahli keluarga, kali terakhir mereka berhubung dengan ketiga-tiga individu itu adalah pada 20 Julai sebelum semua mereka gagal dihubungi.

Hasil semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan perumahan mendapati tiga beranak itu pulang ke rumah dengan menaiki sebuah kenderaan pada pukul 1.12 pagi Isnin sebelum keluar semula kira-kira sejam lapan minit kemudian.

Artikel lain: Misteri 3 beranak hilang, polis tak tolak kemungkinan isu hutang ‘main kutu’

Dalam perkembangan berkaitan, polis sebelum ini tidak menolak kemungkinan kehilangan keluarga tersebut mempunyai kaitan dengan hutang permainan kutu. Ia susulan satu laporan polis yang dibuat oleh seorang lelaki berusia 23 tahun yang mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM25,000.

Sumber: Kosmo (Norlida Akmar Idros)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved