Suami Isteri Hilangkan Diri Sebab Main Kutu Serah Diri

6 Aug 2026 • 9:00 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pasangan suami isteri yang sebelum ini mencetuskan tanda tanya selepas dilaporkan hilang akhirnya tampil serah diri kepada pihak polis awal pagi tadi.

Kehilangan mereka turut mendapat perhatian selepas pasangan itu dikatakan gagal dihubungi sejak keluar dari kediaman bersama anak mereka di Bukit Kayu Hitam pada 20 Julai lalu.

Suami isteri serah diri awal pagi tadi

polis

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim memaklumkan pasangan berusia 39 dan 36 tahun itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu.

Kedua-duanya hadir ke IPD berkenaan kira-kira jam 1.50 pagi tadi selepas dilaporkan hilang dipercayai akibat masalah hutang main kutu.

Pasangan suami isteri berkenaan dijangka akan dibawa ke Mahkamah Jitra pagi ini bagi mendapatkan perintah reman.

Bapa buat laporan polis anak hilang

Image from: Suami Isteri Hilangkan Diri Sebab Main Kutu Serah Diri
Kredit Foto: Threads

Setakat ini, tiada maklumat lanjut diberikan mengenai keadaan anak mereka yang turut dilaporkan hilang bersama pasangan tersebut.

Terdahulu, tiga beranak itu dilaporkan gagal dikesan selepas keluar dari rumah mereka di Taman Desa Bayanmas, Bukit Kayu Hitam.

Bapa kepada wanita berkenaan yang berusia 62 tahun kemudian membuat laporan di Balai Polis Bukit Kayu Hitam selepas gagal menghubungi anak perempuan, menantu serta cucunya.

The post Suami Isteri Hilangkan Diri Sebab Main Kutu Serah Diri appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved