Suami orang, rakan sekerja dicekup berkhalwat

LocalPolitics
15 Apr 2026 • 9:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Suami orang, rakan sekerja dicekup berkhalwat
Seorang penjawat awam ditangkap khalwat dengan rakan sekerja berstatus janda dalam serbuan di sebuah rumah di Peringgit, tengah malam Selasa.

MELAKA - Seorang penjawat awam ditangkap khalwat dengan rakan sekerja berstatus janda dalam serbuan di sebuah rumah di Peringgit di sini, tengah malam Selasa.

Serbuan dilakukan Pegawai Penguat Kuasa Agama (PPA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas menerima aduan awam.

Suami orang itu didapati menumpang rumah wanita berkenaan selepas balik kerja.

Menurut sumber, sebaik anggota penguat kuasa tiba dan memberi salam, wanita berusia 40 tahun itu membuka pintu dan mendakwa berseorangan di umah berkenaan.

Bagaimanapun pemeriksaan lanjut mendapati terdapat seorang lelaki berbaju-T dan berkain pelikat muncul dari sebuah bilik di rumah berkenaan.

"Wanita itu cuba menipu pihak berkuasa selepas takut dengan kehadiran PPA yang menjalankan pemeriksaan.

"Suspek lelaki yang juga pegawai atasan pula mengaku sudah berkahwin dan masih mempunyai isteri, mendakwa wanita bersamanya itu hanya kawan," katanya.

Terdahulu, video operasi berdurasi satu minit 19 saat itu turut dikongsikan menerusi media sosial Penguatkuasa JAIM memaparkan pasangan itu disial siasat sebelum ditahan untuk proses selanjutnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana disyaki berkhalwat.