Suami pegawai AKPS tiba di mahkamah

26 Oct 2026 • 10:21 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Suami pegawai AKPS tiba di mahkamah

SEREMBAN: Suami pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) yang ditemukan maut di sebuah unit kuarters kakitangan kerajaan di Nilai di sini pada 15 Oktober lalu tiba di Mahkamah Majistret Seremban, pagi ini.

Kenderaan polis yang membawa lelaki berusia 30-an itu, tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 9.20 pagi.

Suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berhubung kematian isterinya, Norhazwani Ibrahim, 35.

Turut hadir abang sulung mangsa, Amran Ibrahim, 59 bagi mengikuti prosiding pertuduhan terhadap suspek yang didakwa membunuh wanita itu. – UTUSAN

The post Suami pegawai AKPS tiba di mahkamah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved