Sudah sampai masa saya buat teguran – Jalaluddin

LocalPolitics
7 Nov 2026 • 7:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sudah sampai masa saya  buat teguran – Jalaluddin

PETALING JAYA: Kegagalan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim untuk menangani kemelut pentadbiran negeri boleh mengundang pelbagai ke­san termasuk menjejaskan kestabilan dan kesejahteraan rakyat.

Pengerusi Badan Perhubu­ngan UMNO Negeri Sembilan, Da­tuk Seri Jalaluddin Alias berkata, Ismail perlu mengambil tindakan segera kerana kegagalan menangani keadaan itu boleh mengundang pelbagai kesan termasuk ketidaktentuan ekonomi serta ketidakstabilan masyarakat, khususnya berkaitan kos sara hidup.

Katanya, teguran itu dibuat atas rasa tanggungjawab beliau di antara pemimpin yang terkesan malah turut memegang mandat UMNO di negeri itu, sekali gus menggesa tindakan segera perlu dilakukan demi kebaikan semua pihak.

“Saya lebih lagi terasa sebab saya Pengerusi UMNO untuk Negeri Sembilan, tetapi saya tidak menjangka keadaan sebegini berlaku sehingga ke pering­kat ini. Itu memang menjadi masalah, tetapi apa yang saya boleh buat? Saya boleh bagi pandangan.

“Tetapi selama ini saya pun tidak pernah buka mulut, tetapi saya fikir wajar untuk saya beri sedikit teguran untuk waktu sekarang ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Krisis adat Negeri Sembilan semakin meruncing apabila kemelut berkenaan turut menjejaskan pentadbiran negeri yang kini beroperasi tanpa barisan Exco.

Dewan Unda­ngan Negeri (DUN) Negeri Sembilan boleh terbubar dengan sen­dirinya pada Februari 2027 sekiranya tiada sidang diadakan sehingga tempoh berkenaan.

Situasi itu memerlukan kerajaan negeri pimpinan Ismail menyelesaikan isu proklamasi mem­­babitkan Yang di-Pertuan Be­sar Negeri Sembilan sesegera mungkin bagi membolehkan Sidang DUN diadakan, termasuk untuk pembentangan belanjawan negeri.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan lalu, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berjaya menang dan membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga iaitu 25 daripada 36 kerusi DUN.

Sementara itu, Pakatan Harapan (PH) hanya memenangi 11 kerusi DUN daripada 36 kerusi yang ditandingi merosot berbanding 17 kerusi pada PRN 2023.

Mengulas lanjut, Jalaluddin menegaskan beliau tidak berniat mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri, sebaliknya mahu memastikan sebarang isu yang berbangkit ditangani segera sebelum memberi kesan lebih besar terhadap imej BN.

“Sebab pada saya rakyat, kestabilan negeri, kesejahteraan rakyat itu mesti menjadikan keutamaan,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau mengingatkan Menteri Besar supaya urusan mendapatkan perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan berhubung cadangan tarikh persidangan DUN dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.

Katanya, perkara itu perlu diberi perhatian serius kerana urusan persidangan DUN tertakluk kepada peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 serta ke­perluan mendapatkan perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

“Itu mesti diuruskan dengan sebaik mungkin kerana setiap persidangan DUN dan pembukaan penggal perlu mendapat perkenan Tuanku,” katanya.

Sebelum ini, Ismail berkata, tarikh persidangan DUN Negeri Sembilan yang dijadualkan berlangsung pada 26 November ini masih belum mendapat perke­nan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Katanya, pihaknya masih da­lam usaha mendapatkan per­kenan baginda berhubung tarikh persidangan berkenaan dan yakin perkara itu dapat dise­lesaikan dalam masa terdekat. – UTUSAN

The post Sudah sampai masa saya buat teguran – Jalaluddin appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved