Sudah tiba masanya 25% hasil cukai dipulangkan semula ke Johor -TMJ

LocalPolitics
30 Apr 2026 • 12:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah agar 25 peratus hasil cukai pendapatan Johor dipulangkan semula kepada negeri ini.

Johor merupakan penyumbang utama hasil negara

Memetik laporan daripada Sinar Harian, perkara tersebut bagi memperkukuh keupayaan negeri dalam mengurus pembangunan serta kebajikan rakyat tanpa terlalu bergantung kepada Kerajaan Persekutuan.

“Johor merupakan antara penyumbang utama kepada hasil negara. Namun, pulangan yang diterima masih tidak setimpal dengan keperluan pembangunan dan kebajikan rakyat.
“Justeru, saya ingin menggesa kepada kerajaan Persekutuan bahawa sudah tiba masanya sebahagian hasil cukai yang dijana oleh Johor sekurang-kurangnya 25 peratus dipulangkan semula kepada negeri ini.
“Ini penting agar Johor dapat mengurus keperluan rakyat dengan lebih cekap tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada proses kelulusan yang begitu panjang,” titah baginda ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Kelima Persidangan DUN Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail.

image is not available

Zahir harapan Johor diberi ruang lebih besar

Baginda turut menzahirkan harapan agar Johor diberi ruang lebih besar untuk berdiri secara berdikari selaras dengan peranannya sebagai penyumbang utama ekonomi negara.

Dalam masa sama, baginda menzahirkan pencapaian pelaburan negeri yang mencecah RM272 bilion termasuk rekod RM110 bilion pada tahun 2025, yang telah mewujudkan lebih 80,000 peluang pekerjaan.

image is not available

Baginda turut menyatakan hasil negeri Johor yang terus meningkat kepada RM2.68 bilion pada tahun 2025 membuktikan kekuatan ekonomi serta kecekapan tadbir urus kerajaan negeri dalam mengurus sumber dengan lebih berkesan.

Sumber: Sinar Harian (NOR AZURA MD AMI

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved