SUK & Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan Digantung Tugas Serta-merta – Ismail Lasim

LocalPolitics
22 Sep 2026 • 6:17 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

SUK & Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan Digantung Tugas Serta-merta – Ismail Lasim

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Hari ini (22 September) Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim memaklumkan Mesyuarat Khas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan secara sebulat suara menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohd Zafir Ibrahim serta Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Muzalmah Mustapha Kamal berkuat kuasa serta-merta.

Pegawai Kewangan Negeri lakukan tugas SUK sementara SUK baru dinamakan, Fahmi Adilah ambil tugas nasihat perundangan

Jelas beliau Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Masri Razali dinamakan bagi melakukan tugas SUK Negeri Sembilan sehingga Ketua Setiusaha Negara menamakan SUK yang baharu.

“Manakala tugas memberikan nasihat perundangan akan dilaksanakan oleh Fahmi Adilah, seorang peguam bela dan peguam cara sehingga Penasihat Undang-Undang baharu dinamakan oleh Jabatan Peguam Negara.

“Notis penggantungan Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan akan dimaklumkan kepada Ketua Setiausaha Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam,” ujarnya dalam satu kenyataan media yang dikongsikan di Facebook.

Ismail maklum jawatan EXCO masih kekal dan sah

Menurut Ismail, seterusnya notis bagi penggantungan Penasihat Undang-Undang Negeri, Negeri Sembilan bakal dimaklumkan kepada Jabatan Peguam Negara.

Beliau turut mengesahkan bahawa kesemua jawatan bagi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) adalah masih kekal serta sah.

“Pada masa yang sama, pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan akan terus berjalan seperti biasa dan amanah kepada rakyat akan terus dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.”

Pada 21 September lalu, Ismail lsim memaklumkan EXCO yang sedia ada masih sah dan akan menjalankan tugas seperti biasa.

Perkara itu selepas Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munwir membatalkan pelantikan bagi semua MMKN yang berkuat kuasa serta-merta pada 20 September.

Ismail dalam kenyataan itu menegaskan bahawa sebarang tindakan memberhentikan atau menamatkan keahlian seorang EXCO yang dibuat tanpa nasihat atau permintaan Menteri Besar adalah satu khilaf dari sudut:

  • Perundangan
  • Tidak berperlembagaan
  • Tidak mempunyai sebarang kuasa undang-undang

Pun begitu, dua peguam bercanggah pendapat yang mana ada yang merasakan pembatalan tersebut adalah sah dan ada yang merasakan sebaliknya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tindakan Tamat Pelantikan EXCO N9 Tanpa Nasihat MB Tidak Berperlembagaan, EXCO Jalan Tugas Seperti Biasa – Ismail Lasim

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pembatalan Pelantikan Exco N9 Oleh Tuanku Muhriz Sah, Kenyataan Ismail Lasim Tidak Ada Kesan – Peguam

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved