Sukan Asia: Beregu padel negara Christian-Aidan raih perak

3 Oct 2026 • 6:59 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sukan Asia: Beregu padel negara Christian-Aidan raih perak

PETALING JAYA: Gandingan beregu lelaki padel negara, Christian Didier Chin-Aidan Yunus terpaksa berpuas hati meraih pingat perak selepas tewas kepada pasangan Qatar, Mashari Naif-Rashed Naif pada aksi final Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Pusat Sukan Nagoya City Higashi, sebentar tadi.

Pada aksi itu, Christian-Aidan tampil penuh bersemangat pada awal permainan bagaimanapun gagal mengekalkan rentak apabila pasangan pilihan utama kejohanan itu memanfaatkan pengalaman untuk menguasai perlawanan dan menang 6-3, 6-1.

Kekalahan tersebut menyaksikan Malaysia membawa pulang pingat perak dalam penampilan pertama padel di Sukan Asia.

Meskipun tewas, ia tetap menjadi satu pencapaian yang membanggakan buat Christian-Aidan selepas mereka mara ke final dengan menyingkirkan beberapa pasangan pilihan.-UTUSAN

The post Sukan Asia: Beregu padel negara Christian-Aidan raih perak appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved