Sukan Asia: Christian-Aidan cipta sejarah raih pingat perak

3 Oct 2026 • 7:31 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sukan Asia: Christian-Aidan cipta sejarah raih pingat perak

 

PETALING JAYA – Hasrat beregu lelaki padel negara, Christian Chin-Aidan Yunus untuk membutirkan pingat emas Sukan Asia tidak terlaksana apabila tewas 0-2 kepada pasangan adik-beradik dari Qatar, Mashari Naif–Rashed Naif pada aksi final di Pusat Sukan Nagoya City Higashi, sebentar tadi.

Mashari-Rashed jelas berada di kelas tersendiri apabila sentiasa ada ‘jawapan’ untuk melakukan pukulan balas malah hanya memerlukan 55 minit untuk mengesahkan kemenangan.

Walaupun cuba memberikan tentangan, gandingan negara sentiasa berdepan kesukaran dan gagal melepasi empat mata dalam setiap set.

Terdahulu, Christian-Aidan cuba mengerah segala kudrat untuk membuka aksi dengan baik namun terpaksa akur tewas 3-6.

Di set kedua, Mashari-Rashed terus agresif untuk memperoleh kemenangan mudah 6-1 sekali gus memaksa Malaysia berpuas hati dengan pingat perak.

Bagaimanapun, Christian-Aidan wajar mendapat pujian kerana layak ke final dengan menumpaskan pilihan kedua dari Iran, Farsad Shahi-Amirmohammad Jamshidi pada aksi separuh akhir, semalam.

Ia menjadi penanda aras yang cukup tinggi buat skuad padel negara memandangkan ini adalah kali pertama sukan ini dipertandingkan di Sukan Asia. – KOSMO! ONLINE

The post Sukan Asia: Christian-Aidan cipta sejarah raih pingat perak appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved