Sukan Asia: India ranapkan impian emas Speedy Tigers

3 Oct 2026 • 8:09 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sukan Asia: India ranapkan impian emas Speedy Tigers

GIFU – Impian skuad hoki lelaki negara meraih emas pertama Sukan Asia berkecai apabila permulaan garang Malaysia gagal dipertahankan sebelum India menguasai permainan untuk menang 5-1 pada final Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Stadium Gifu, sebentar tadi.

Malaysia yang memburu emas pertama sejak hoki dipertandingkan pada temasya itu pada 1958 bermula penuh berani dengan memberikan tekanan kepada juara bertahan, namun India terlebih dahulu membuka jaringan menerusi pukulan sudut penalti Harmanpreet Singh pada minit ke-11.

Speedy Tigers tidak membiarkan jaringan itu mematahkan semangat apabila hanya memerlukan tiga minit untuk menyamakan kedudukan menerusi gol padang Shello Silverius pada minit ke-14, sekali gus memastikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas suku pertama.

Bagaimanapun, India mula meningkatkan tekanan pada suku kedua dan kembali berada di depan pada minit ke-23 apabila Jugraj Singh menyempurnakan pukulan sudut penalti untuk memberikan pasukannya kelebihan 2-1.

Pertahanan negara terus diasak selepas rehat dan India memperoleh gol ketiga pada minit ke-42 menerusi Hardik Singh yang menyempurnakan pukulan penalti, meletakkan Speedy Tigers dalam kedudukan semakin sukar untuk mengejar.

Anak buah Brendon Carolan cuba meningkatkan tekanan bagi mencari jalan kembali dalam perlawanan, namun benteng negara sekali lagi ditembusi apabila Shilanand Lakra menghasilkan gol padang pada minit ke-54 untuk melebarkan kedudukan kepada 4-1.

Harmanpreet kemudian melengkapkan malam gemilang India dengan gol keduanya menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-57, sekali gus menutup kebangkitan Malaysia dan mengesahkan kemenangan 5-1 buat juara bertahan itu.

Kekalahan tersebut menyaksikan Malaysia sekali lagi terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas turut menduduki tempat kedua pada edisi Jakarta-Palembang 2018, selain terlepas tiket automatik ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 yang menjadi milik pemenang pingat emas.

Biarpun gagal menamatkan penantian panjang untuk emas, kemaraan ke final tetap menjadi peningkatan buat skuad kendalian Carolan yang sebelum ini menewaskan Korea Selatan 2-1 pada separuh akhir. KOSMO! ONLINE

The post Sukan Asia: India ranapkan impian emas Speedy Tigers appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved